Misi FCT Peduli - Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras

#throwback #16012015 #RKHPJ

Syukur Alhamdulillah! Menahan sedaya upaya airmata daripada gugur, digantikan dgn gelak tawa bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku yang telah menanti zuriat terlalu lama.. Ketika anak2 menyalami..memeluk dan mendukung si kecil Anisah.. Naluri keibuan meruntun mendengar kisah anak-anak yatim apalagi yang piatu.. Menahan sebak hanya Allah yang tahu.. 

Merasai air tangan anak2 ini Allahu Akhbar.. Mendengar penjelasan En Azam selaku wakil meraikan kehadiran kami, berikutan Pengetua RKHPJ mempunyai urusan penting di JKM, kami terus leka dengan dikelilingi anak-anak yatim dan piatu yang cukup keletah.. 

Sempat juga bertemu Pengetua RKHPJ yang sempat sampai sebelum kami pulang, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas semua sumbangan yang diberikan dan menyampai salam terima kasih kepada penyumbang2 MISI BANTUAN ANAK YATIM 'KAMI PEDULI BERSAMA FIEYZA CREATIVE TOUCH' 

Leganya bukan kepalang apabila FCT berjaya melaksanakan misi penting yang membawa kepercayaan para penyumbang dana. Alhamdulillah. 

Semoga kita akan terus istiqomah untuk terus menambah nilai dalam hidup orang lain, bersama berjemaah dalam menginfakkan sebahagian rezeki untuk dikongsikan bersama mereka yang memerlukan. Apa yang pasti, aura berjemaah sememangnya sangat luar biasa.

TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat, penyumbang2 dana, daripada sesi memborong barang sehinggalah selesai. Alhamdulillah. 

Ada rezeki, Ada peluang.. In Sha Allah FCT akan menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu tanggungjawab sosial walaupun hanya syarikat kecil. 

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu daripada kelemahan saya sendiri. Mohon maaf atas segala kekurangan. Amanah ANDA telah saya sampaikan. Alhamdulillah ❤️❤️❤️



Share:

0 Comments